Islam Is True Religion Accept It While You Still Have Time May Allah Help You And Me, Ameen
  all about yna

 | Alhamdulillah, hampir 9 Raadhan menjelang. Terlalu cepat putaran masa kali ini aku rasa kan .... Semoga aku & sekelian Muslimin Muslimat dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna, Ameen. insyaALLAH .... :> |
 | Teramat lah rindu pada Bak, hanya ALLAH sahaja yang tahu ... semoga ALLAH mencucurkan Rahmat ke atas roh bak & mendapat syafaat dari baginda Rasullullah saw. |
 | Tanggal 8hb July 2010, benar-benar tidak pernah dimimpikan oleh semua ahli keluargaku. Bak pergi untuk selama-lamanya dijemput Illahi. Bak adalah panggilan aku untuk bapa tersayang dan semestinya tidak akan aku panggil lagi perkataan itu lagi buat selama-lamanya. Jangkitan sel-sel kanker yang dihidapi oleh Bak merebak dengan begitu pantas sehingga membawa maut. Bak disahkan menghidap kanker tahap 4 pada 15hb mei 2010, sewaktu aku menghantar beliau ke Alexandra Hospital untuk pemeriksaaan lanjut dari poliklinik. Pada jam 3 pagi itu juga, Bak dipindahkan ke NUH untuk usulan selanjutnya. Bak dimasukkan ke wad ICU, pada waktu itu beliau masih boleh berbual & bergurau dengan semua saudara mara yang mengunjungi beliau. Selapas mendapat rawatan rapi beliau dipindahkan ke wad biasa, Alhamdulillah kami semua lega kerana beliau menampakkan reaksi yang baik. Segala apa yang berkaitan dengan penyakit beliau, kami tidak selindungkan daripada beliau. Secara detail saya terangkan pada beliau agar para doktor dan jururawat tidak akan ada masalah bila mahu merawat beliau. Setelah keadaan bak stabil. beliau dibenarkan pulang. Walaupun tahu tentang penyakitnya, bak tidak duduk diam. Dia menjalankan aktiviti-aktiviti biasanya seperti mengayuh basikal, menghantar & menjemput cucu pulang sekolah. Apabila beliau tiada di rumah kami sekeluarga menjadi runsing, bimbangkan keadaannya. Doktor mengesahkan bak ngidap kanker paru-paru, leher & kedua belah otaknya, sangat ironi. Kestabilan dirinya amat penting kerana andaikata beliau jatuh itu adalah bencana yang tidak baik untuk kesihatan bak. Sejak penyakit bak dikenal pasti, bak menjalani tahap perubatan yang pertama iaitu Gamma Knife (laser) untuk memecahkan sel tumor di otaknya. Sedih melihat keadaan bak apabila alat yang dilekat ketat di bahagian dahi & belakang kepala ditusuk seperti mesin air batu kepal menahan ais dari bergerak seperti itulah paku-paku yang menusuk untuk menahan supaya alat itu tidak bergerak, 6 tusukkan jarum diberi di bahagian kepala bak agar alat yang dipasang tidak akan menimbulkan kesakitan. Apabila selesai menjalani sesi Gamma Knife (laser), terlihat terang 2 lubang kecil di dahi & di belakang bahagian kepala bak & darah keluar seakaa-akan kudis kecil, "Kepala bak tak rasa, tau" beliau memberitahu kami. Setiap kali melawat bak, aku sembunyikan perasaan sedih ku. Setelah menerima rawatan laser, bak tetap diberi makan ubat steroid supaya sel tumor di otak nya tidak tumbuh dan membengkak lagi. Kasihan melihat keadaan bak yang setiap hari harus makan ubat demi menjaga kesihatannya. Selang beberapa hari bak dimasukkan lagi ke hospital kerana didapati sesak nafas dan kadar oxygen di dalam badannya rendah. Nur Fateha banyak menemankan datuknya untuk rawatan susulan selepas laser iaitu radiotheraphy. Rambut bak mulai gugur kerana terlalu panas yang mengcengkam dalam badannya, setiap kali aku mengusap kepalanya pasti ada beberapa helai rambut yang melekat di telapak tanganku. Kali kedua bak mendapat rawatan bagi paru-parunya yang semakin lemah untuk beliau bernafas dengan sendiri, beliau memerlukan gas oxygen untuk meredakan keadaan. Setiap kali menerima rawatan radiotheraphy tidak ketinggalan aiskrim kegemarannya dibeli oleh Nur Fateha yang rajin melayan kerenah datuknya. Bak dimasukkan ke wad biasa untuk pakar memantau keadaan beliau. Seperti biasa apabila keadaan bak stabil, beliau dibenarkan pulang dan kami senang hati kerana cucu-cucu di rumah asyik bertanyakan "mana atuk?" setiap kali tidak lihat muka bak, jadi bila pulang senyaplah cucu-cucu semua. Fathul Islam cucu yang termuda dan rapat dengan bak kerana setiap pagi bak akan menjemput Fathul dari aku di parking lot untuk dibawa pulang ke rumah adik, setiap hari Fathul dimandi & dijaga oleh datuknya. Sudah sebati mereka berdua, kalau Fathul menangis dengan pantas bak akan memujuk dan dimanjakan dengan membawa Fathul bersiar-siar di bawah blok untuk mengambil angin. Kesesakkan nafas bak berlaku lagi dan dia ditahan di wad CCU, bahagian jantung kerana doktor dapati terlalu banyak air di bahagian selaput jantung bak. Air kotoran itu dikeluarkan dan didapati sel-sel kanker sudah merebak di bahagian berkenaan dan jumlah air yang dikeluarkan ialah 1.6liter. Bak diberi rawatan yang lebih terperinci kerana keadaan beliau benar-benar membimbangkan, kali ini doktor nasihatkan agar ada seseorang bermalam di NUH untuk menjaga bak. Alhamdulillah, malam pertama Man yang menemani beliau dan berikut malam kedua abang pulak dan aku bergegas untuk masuk shif pagi untuk menjaga bak. Selepas keadaan bak stabil, bak dipindahkan pula ke wad biasa dan kali ini agak lama beliau beada di NUH (2minggu). Dr Tan, pakar kanker bertemu aku & adik untuk menerangkan tindak balas perubatan Chemotheraphy yang direkemen untuk bak, memang pada awal nya kami sangsi tetapi selepas diberi keterangan & berfikiran positif untuk menyembuhkan sakit bak, kami benarkan tetapi keadaan hati bak harus baik baru Chemotheraphy diberi. Selepas bak ditukarkan ke wad bagi pesakit kanker, beliau dirawat secara terperinci lagi kerana tidak mahu ada sebarang jangkitan kuman berlaku supaya tidak terjejas pada rawatan yang akan diberi. Pada 6hb July 2010, adik memberitahu yang rawatan Chemotheraphy akan diberi pada bak di waktu petang dan aku sering kali ingatkan adik, kalau hati bak masih belum stabil jangan dibenarkan dan aku juga menelefon NUH untuk beritahu perkara yang sama, entah pada waktu itu hati aku yang tidak tenteram. Selepas bak menerima Chemotheraphy keadaan beliau dikatakan stabil dan dibenarkan pulang pada esok hari, 7hb July 2010. Aku berasa gembira, bila pulang dari kerja bak terbaring di ruang rumah sambil menonton TV, Fathul Islam tidah habis-habis mendekati bak dan bermain dengan bak. Walaupun keadaan beliau agak lemah, bak tetap layankan kerenah Fathul (sungguh tak sangka itu adalah kali terakhir mereka berdua bermain untuk selama-lamanya). Aku seperti biasa pulang ke rumah, dengan tidak fikirkan apa-apa yang tidak baik tentang keadaan bak. Keesokkan hari aku menjalankan hari-hari seperti biasa ke kerja, semasa makan tengahari aku menerimapanggilan dari Nur Fateha memberitahu tentang keadaan bak. aku mula cemas dan menyuruh adik menelefon ambulan kerana 1 sahaja di minda aku 'DAPAT KAN BANTUAN OXYGEN DARI HOSPITAL PASTI BAK SEMBUH SEPERTI BIASA'. Kali ini jangkaan aku salah, Nur Fateha menelefon aku dengan isakkan yang dahsyat, "Ibu, doktor kata tok tak akan idup lama...." aku tidak dapat berkata apa-apa, lantas aku capai tas tangan dan bergegas pulang setelah memberitahu teman ku. Setiba di hospital hati aku cemas, alangkah sedihnya aku bila melihat bak yangterbaring dengan keadaannya yang teruk sangat. Doktor menyuruh aku bersabar dan berada di samping bak, aku mengunkapkan kalimah-kalimah syahadat di kuping telinga bak, bacaan alfateha & selawat .... kali ini masa tidak menyebelahi bak, beliau dijemput oleh ILLAHI pada tepat jam 1417. Doktor memegang bahuku dan memberitahu,"He's no more". MashaALLAH, hati aku bagaikan dirobek-robek, tiada kata-kata yang dapat aku ungkapkan pada waktu itu. memang benar-benar cepat bak pergi meninggalkan kami. Aku rasakan bagai satu dentuman hebat yang sedang melanda diriku apabila aku melihat kaku terbujur jasad bak seorang diri di kamar sepi. Mak nampak tenang tapi aku tahu hatinya hancur menerima ketentuan Illahi, dengan tenang mak membacakan bak surah yaaseen. Jenazah dibawa pulang & segala pengurusan berjalan dengan baik sekali, saat terakhir menatap wajah bak sewaktu menabur pcai amatlah syahdu, aku tidak dapat menahan sebak di dada walaupun sudah memberi kuncupan aku minta izin sekali lagi untuk menatap wajah bak yang tiak akan aku lihat lagi untuk selama-lamanya. Jenazah bak selamat disolatkan di rumah & di masjid Assyakirin. Sehingga hari ini, aku masih belum bersediauntuk menziarah makam bak. Ya ALLAH semoga kau mencucurkan Rahmat ke atas roh beliau, ampunkan beliau, kasihankan beliau & sentiasa beliau mendapat syafaat dari Rasullullah saw, ameen. ALFATEHA
BAK, KAMI RINDUKAN BAK. TIADA LAGI KEDENGARAN SUARA BAK MENEGUR & BERGURAU DENGAN KAMI. SEGALA KENANGAN BERSAMA BAK AKAN KAMI PAHATKAN DI SANUBARI, DESTINASI BAK SUDAH TIBA, GILIRAN KAMI ENTAH KAN BILA.
|
 | MashaALLAH, it's been long time, I did not log in Multiply due to password matter (4got) hehehe! Hope I will visit to this webpage often, InsyaALLAH .... :) |
 | SAlaam ton! Takde updates gambar terbaru ker?
|
 | _¶¶___¶¶_¶¶¶¶¶_¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶__¶¶¶___¶¶¶ _¶¶_¶_¶¶_¶¶____¶¶__¶¶__¶¶__¶¶__¶¶___¶¶ _¶¶¶¶¶¶¶_¶¶¶¶__¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶____¶¶¶¶ _¶¶_¶_¶¶_¶¶____¶¶__¶¶__¶¶__¶¶____¶¶ _¶¶___¶¶_¶¶¶¶¶_¶¶¶_¶¶¶_¶¶¶_¶¶¶__¶¶ ____________________________________ ¶¶¶____¶¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¶ _¶¶____¶¶___¶¶_¶¶_¶¶__¶¶__¶¶__¶¶¶ __¶¶¶¶¶¶____¶¶_¶¶_¶¶__¶¶¶¶¶¶__¶¶¶¶¶¶ _¶¶____¶¶___¶¶____¶¶__¶¶__¶¶_____¶¶¶ ¶¶¶____¶¶¶__¶¶____¶¶_¶¶¶__¶¶¶_¶¶¶¶¶¶ ________________________________ ___¶¶¶¶¶____¶¶¶___¶¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶ __¶¶___¶¶____¶¶¶__¶¶____¶¶¶___¶¶¶ __¶¶¶¶¶¶¶____¶¶_¶_¶¶____¶¶¶___¶¶¶ __¶¶___¶¶____¶¶__¶¶¶____¶¶¶___¶¶¶ _¶¶¶___¶¶¶__¶¶¶___¶¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶ _____________________________________________ ¶¶¶__¶¶¶____¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¶__¶¶¶¶¶¶__¶¶¶___¶¶¶ _¶¶__¶¶____¶¶___¶¶__¶¶___¶¶_¶¶___¶¶__¶¶___¶¶ _¶¶¶¶¶¶____¶¶¶¶¶¶¶__¶¶¶¶¶¶__¶¶¶¶¶¶____¶¶¶¶¶ _¶¶___¶¶___¶¶___¶¶__¶¶______¶¶__________¶¶ ¶¶¶___¶¶¶_¶¶¶___¶¶¶_¶¶¶_____¶¶¶________¶¶¶ __________________________ ¶¶¶___¶¶¶_¶¶¶¶¶_¶¶¶____¶¶¶ _¶¶¶__¶¶__¶¶_____¶¶____¶¶ _¶¶_¶_¶¶__¶¶¶¶___¶¶_¶¶_¶¶ _¶¶__¶¶¶__¶¶_____¶¶¶__¶¶¶ ¶¶¶___¶¶¶_¶¶¶¶¶_¶¶¶____¶¶¶ ________________________________ ____¶¶¶___¶¶¶_¶¶¶¶¶__¶¶¶¶__¶¶¶¶¶ _____¶¶___¶¶__¶¶____¶¶__¶¶_¶¶__¶¶ ______¶¶¶¶____¶¶¶¶__¶¶¶¶¶¶_¶¶¶¶¶ _______¶¶_____¶¶____¶¶__¶¶_¶¶__¶¶ ______¶¶¶_____¶¶¶¶¶_¶¶__¶¶_¶¶__¶¶¶ ____________________________________ _¶¶¶¶¶____¶¶¶¶¶____¶¶¶¶¶____¶¶¶¶¶____¶¶ ¶¶___¶¶__¶¶___¶¶__¶¶___¶¶__¶¶___¶¶___¶¶ ___¶¶____¶¶___¶¶__¶¶___¶¶___¶¶¶¶¶¶___¶¶ _¶¶___¶__¶¶___¶¶__¶¶___¶¶_______¶¶ _¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶____¶¶¶¶¶____¶¶¶¶¶____¶¶¶ |
 |  Selamat Menyambut Hari Raya Yg Bakal Menjelang tak lama Lagi.. Disini ..KaZe ingin menyusun 10jari memOhon maaf.. Sekiranyer ada terkasar BAHASA atau Gurauan Yg menyinggung PERASAAN.. ChEErS! |
 | A friend is a friend indeed, When all the good times and bad, Are all that binds in peace, In Your heart and Mine. ~nj/2008~ |
 | Hi Salam.. Selamat Berpuasa Eh.. Jgn Bukak periOk eh... e2 baru poSa yOyOk! hehe.. ChEErS!  |
 | Ton! Yg nyanyi lagu ni is Zain Bhikha lah. Bukan Micheal Jackson. Bro Zain nyanyi lagu Nasyeed ada yg best2. Check it out! |
 | cute nye gambar! ... Thanx dear! |
 | Assalamualaikum...thanks for visiting & remembering me.  |
 | Lupa hari tu u enquire T-shirt tu...I beli kat KL during my family trips to Colmar, Pahang + KL. Keep in touch...kalau u ada lain contact ...pls update me ok... |

My Work Space 4 Photos, 8 comments
|
 |   |  |   |
| |